• Tulis terus (write-on)
Semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau mesin secara terus di Filem
transperansi. Ia ditayangkan secara terus kepada penonton.
• Bertingkap
Mempunyai beberapa tingkap yang menutup bahagianbahagian tertentu pada permukaan transperansi. Semasa digunakan, tingkap-tingkap tersebut akan dibuka satu demi satu seperti tetingkap rumah untuk memaparkan isi atau imej.
Transperensi tetingkap |
Berjalur |
• Berjalur
Mempunyai berapa jalur samada secara melintang atau menegak. Ianya dibuka satu hala sahaja tidak seperti teknik tetingkap yang dibuka dua hala. Hanya 3 hingga 4 jalur dalam satu transperansi.
• Bertindih (berlapis)
Terdiri dari filem dasar yang diletakkan terus pada satu bingkai tetap dan beberapa filem tambahan yang diletakkan pada bahagian tepi bingkai mengikut urutan jam.
Teknik berjalur |
• Pusingan
Ia bertujuan pendedahan berperingkat atau bahagian demi bahagian bagi memperlihatkan apa-apa yang diperlukan sahaja. Ia boleh dibuat secara penutup sisipan ( secara menegak, mendatar atau pepenjuru atau penutup bulat. Penutup bulat boleh dibuat dengan memasang eyelet atau dipin ditengah-tengah.
• Animasi
Ia menggunakan kepingan-kepingan plastik polarising dilekatkan di atas bahagian-bahagian tertentu pada imej yang ada pada bahagian transperansi. Semasa digunakan satu alat polariser diletakkan pada kanta unjur OHP. Imej akan kelihatan bergerak apabila imej di tarik atau digerakkan
Teknik Animasi |