Wednesday, 29 May 2013

Hari yang mengujakan.

Jam sudah menunjukkan pukul 5.59pagi. Hujan lebat di luar asrama menyebabkan aku tidak  sedar dari tidur. Perasaan malas membuak-buak tetapi memikirkan anak dan suami, aku memaksa diriku untuk bangun juga. Perbincangan portfolio dan kertas kerja bersama Awatif semalam sehingga satu pagi ditambah pula gangguan bekalan elektrik menguatkan bukti kenapa aku terlewat bangun pagi ini.

         Lokasi pertama yang aku kunjungi ialah kedai Pok Peng yang terletak di hadapan maktab. Aku.....
menikmati sebungkus nasi lemak yang sangat enak dan segelas nescafe susu untuk memenuhi tuntutan  perut. Lagi pula dibelanja oleh Awatif, maka hidangan tersebut sangat-sangatlah enak hari ini.


Hari ini adalah hari yang penuh dengan ketidaksabaran kerana  wajah suami dan anak sudah mengintai-ngintai di ruang imaginasi bebola mataku. Yeah... tunggu aku aku wahai anak, umi balik hari ni... Yahooo...!!!!

Saturday, 25 May 2013

Media Bukan Unjuran 3

Sipnosis 

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.

Tajuk ini menjelaskan kepelbagaian bahan dan media  3D serta definisi Tiga dimensi dan kelebihannya.

Definisi Media Tiga Dimensi


Media tiga dimensi, iaitu media yang kelihatan dapat diamati dari arah pandang mana saja dan mempunyai dimensi panjang, lebar, dan tinggi/tebal.

Media tiga dimensi juga boleh diertikan sekumpulan media tanpa unjuran dipersembahkan secara visual tiga dimensi. 

Kumpulan media ini dapat ditafsirkan sebagai benda asli baik hidup mahupun mati, dan dapat diwujudkan sebagai tiruan yang mewakili asal.

Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat bantu mengajar antara lain termasuklah :


  •       Realia
  •       Model
  •       Diorama
  •       Akuarium dan terrarium
  •       Boneka
  •       ‘Mobile
  •       Topeng

Kelebihan Bahan 3D

a.      Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.
b.      Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar
c.      Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik
d.      Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.
e.      Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan.
f.        Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.
g.      Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.





Realia

Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

(a)   Realia Asli
Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.




(b)   Realia Awet
Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.




(c)   Spesimen
Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang.

Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.

   
Model

Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.

Beberapa pecahan jenis model:

(a)   Model Berskala
Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.
Contohnya :keretapi



Model Olok-olok

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya.


Contoh: model enjin keretapi dan neraca.




(b)               Model Keratan Rentas
Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains,
 Contoh keratan rentas organ manusia:




Diorama

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.

Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.

Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain.



Akuarium dan Terrarium

Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.

Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut.


Terrarium

Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak kecil bertutup boleh digunakan sebagai terrarium.




Boneka atau Patung

Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah
(a)               Boneka sarung Tangan
(b)               Boneka Lidi
(c)               BonekaKulit
(d)               Wayang Kulit
(e)               Boneka Bertali


Boneka Sarung Tangan

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu  dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.



Boneka Lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.



Wayang Kulit

Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.

Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.



Boneka Bertali

Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Topeng

Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau  Pendidikan Moral.











Jenis-jenis Lutsinar


Objektif:
  • Mendedahkan kepada pelbagai teknik persembahan menggunakan lutsinar.

Transparensi atau lutsinar boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai cara .  Antara teknik atau kaedah yang utama ialah:

Cara lukisan dan tulisan tangan

Proses ini memerlukan beberapa keping transparensi jenis write-on seperti asetat atau PVC yang murah dan senang didapati.  Segala maklumat dituliskan di permukaan plastic transparensi tersebut sama ada menggunakan pena felt, pena penanda, atau pena overhead sama ada kekal atau tidak kekal.







Penghasilan transparensi ini lebih menarik sekiranya diwarnakan bahagian-bahagian tertentu dengan pena felt bermata tebal.  Bagi penjagaan permukaan transparensi tersebut, biasanya helaian kertas kosong yang bersih diletakkan di atasnya semasa ianya disimpan.







Penulisan kaedah kedua ialah dengan menggunakan penulisan “pindah kering” yang diwarnakan dengan pita berwarna.  Dengan menggunakan pita berwarna ini, bukan sahaja dapat mewarnakan penghurufan tetapi juga dapat mewarnakan ilustrasi-ilustrasi yang terkandung di dalamnya.  Penggunaan pita berwarna ini adalah sangat bersesuaian bagi memfokuskan pandangan kepada objek utama yang hendak ditekankan.


Transparensi jenis thermal




Terdapat banyak jenis mesin thermal yang boleh digunakan untuk menyediakan transparensi.  Antara jenama yang utama adalah seperti Fordifax Transparency Maker, 3M, Riso, Zufra-Asthrotherm dan sebagainya.  Walaupun apa juga jenama mesin thermal tersebut, kaedah menggunakannya hamper sama.  Berikut merupakan antara langkah-langkah asas semasa menggunakan mesin thermal bagi menghasilkan transparensi:
Fordifax Transparency Maker
Tentukan kawalan dedahan “exposure control” kepada peringkat yang diperlukan.

Sediakan bahan yang hendak disalin ke transparensi di atas kertas yang sama saiznya.

Letakkan bahan “ master” atau utama itu di bawah transparensi sebagimana arahan yang disediakan.

Masukkan kedua-duanya ke dalam mesin dan dalam beberapa saat sahaja bahan itu akan tersalin ke transparensi.


Transparensi daripada mesin pendua / fotostat,







Cara menyediakan transparensi ini juga memerlukan jenis transparensi khas.  Antara yang terdapat di pasaran adalah stabile transparencies DIN A4 (12mm) dan Photocop Quality (PPC).  Teknik yang digunakan bagi menghasilkan transparensi menggunakan mesin fotostat sama sepertimana anda membuat salinan pendua salinan kertas biasa.

Antara langkah asas yang perlu diikuti ialah:

1.Sediakan bahan yang sama saiz dengan transparensi.
2.Masukkan plastic transparensi di tempat kertas penyalin.
3.Prosesnya sama seperti menyalin kertas biasa.


Cara pemindahan gambar,

Teknik ini merupakan satu cara memindahkan gambar dari majalah, akhbar, jurnal dan lain-lain media cetak kepada plastic transparensi.  Walaubagaimanapun, bagi mendapatkan kualiti cetakan transparensi yang bik, imej-imej yang hendak dipindahkan haruslah daripada kertas jenis berkapur.  Bahan-bahan asas yang diperlukan adalah seperti berikut:

Gambar asal yang dicetak dengan kertas berkapur (clay based).

Filem untuk lapisan atau laminasi (laminating), contohnya seal laminating film – vistafoil.
Vistafoil



Air sabun panas atau sejuk digunakan untuk melembutkan kertas.


Varnish untuk gambar (untuk menguatkan gambar yang terletak di transparensi).

Kapas untuk menggosok gambar tersebut.




Cara menyediakan transparensi dengan cara pemindahan gambar adalah:

Pilih gambar yang sesuai dan potong ianya.  Seterusnya potong vistafoil sama saiz dengan gambar yang telah dipotong.

Tanggalkan lapisan pada foil dan lekatkan pada gambar.  Gosok permukaan supaya tidak terdapat gelembong udara.

Rendam ke dalam air sabun selama lebih kurang 15 minit.  Selepas itu tanggalkan kertas daripada filem secara perlahan.

Bersihkan habuk kertas dengan menggunakan air dan kapas.  Akhir sekali, keringkan di udara dan semburkan dengan varnish apabila kering.


Melalui proses cetakan menggunakan pencetak.





Salah satu teknik terbaru di dalam menghasilkan transparensi ialah dengan terus mencetaknya dengan menggunakan pencetak (printer).  Pencetak utama yang boleh digunakan bagi mencetak transparensi ialah pencetak jenis semburan dakwak (ink jet) dan juga pencetak jenis laser.  Transparensi yang dihasilkan boleh dalam bentuk cetakan hitam putih dan juga cetakan yang berwarna-warni.

Plastic transparensi yang digunakan adalah khas untuk pencetak dan ianya boleh dibeli dimana-mana kedai yang menjual aksesori computer.  Biasanya terdapat plastic transparensi yang dihasilkan khas untuk sesetengah jenama pencetak dan ada juga plastic transparensi yang boleh digunakan merentasi jenama pencetak.

Plastik transparensi biasa sama ada plastic jenis thermal, write on, fotokopi dan sebagainya tidak boleh digunakan pada pencetak kerana ianya tidak mampu menampung atau memegang dakwat yang digunakan.  Sekiranya digunakan pada pencetak jenis laser pula, ianya akan cair dan merosakkan pencetak.


Teknik-teknik persembahan menggunakan transparensi.

Teknik berperingkat-peringkat.

Urutan – Teknik ini hanya menggunakan sekeping kertas untuk diletakkan diatas lutsinar dan menariknya ke bawah secara beransur-ansur sehingga keseluruhan maklumat disampaikan kepada pelajar.

Masking – teknik ini digunakan dengan menutup bahagian yang belum dipaparkan kepada pelajar.  Ini bertujuan untuk mengelakkan timbulnya kekeliruan pada pelajar dan juga memudahkan para pelajar memusatkan perhatian terhadap isi pelajaran yang sedang ditunjukkan sahaja.  Dari masa ke semasa bahagian-bahagian lain yang ditutup akan dipaparkan secara berperingkat.  Bahagian yang telah diterangkan bolehlah ditutup semula.

Tindah-Tindih (Overlay) – Teknik ini menambahkan bahagian dengan menindih dengan lapisan transparensi lain untuk melengkapkan persembahan.  Teknik ini diperkembangkan dengan pelbagai cara berdasarkan kreativiti guru.

Pasang-tutup – Teknik ini digunakan dengan memasang dan mematikan suis OHP pada ketika yang dirasakan bersesuaian.  Misalnya untuk menarik perhatian pelajar kepada perkara atau isu yang hendak ditunjukkan, suis OHP dihidupkan.  Sekiranya guru mahukan pelajar memberikan perhatian terhadap apa hendak guru perkatakan, suis OHP dimatikan.

Menulis terus (Write On) – Teknik ini sama seperti penggunaan papan pengajaran yang mana seseorang guru boleh terus menulis pada helaian transparensi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.  Kelebihannya ialah guru dapat berhadapan dengan pelajar semasa menulis atau memberi penekanan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dirasakan penting.


Teknik Pergerakan.

Penunjuk (Pointer) – Teknik ini menggunakan sebarang bahan legap seperti pen misalnya untuk dijadikan penunjuk.  Penunjuk diletakkan di atas transparensi atau digerakkan mengikut keadaan.  Teknik ini dapat membantu guru menunjukkan sesuatu aliran pergerakan secara perlahan-lahan.

Bentuk-bentuk potongan – Bahan lutsinar atau bahan legap boleh digunakan dalam bentuk-bentuk tertentu.  Selain dari itu, bahan-bahan sebenar seperti daun, bulu ayam dan sebagainya juga dapat ditunjukkan untuk mengkaji bentuknya.

Lutsinar Gulung – Teknik ini menggunakan transparensi gulung yang dipasangkan kepada roller attachment pada mesin OHP.


Wayang kulit – Bahan diperbuat daripada kotak dan dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki dan dipersembahkan menggunakan kaedah yang sama seperti pertunjukkan wayang kulit.  Teknik ini sesuai bagi persembahan bagi sesi bercerita.

Sangga – Sangga digunakan untuk membuat pergerakan seperti jarum pada jam.


Teknik Demonstrasi

Penghabloran dan Medan Magnet -  Pentas OHP boleh digunakan bagi menunjukkan eksperimen sains yang mudah seperti proses penghabloran di dalam bekas kaca atau pembentukan medan magnet dengan menggunakan lapisan asetat.

Pergerakan Gelombang – Pergerakan gelombang dapat ditunjukkan dengan menggunakan bekas kaca yang mengandungi air. Pergerakan ombak juga dapat dilihat pada skrin secara berulang-ulang.


Panduan Merekabentuk Maklumat pada Transparensi.


Srin yang ringkas.


Secara amnya, sebuah skrin persembahan pengajaran sesuai memaparkan tidak lebih dari 15 baris teks dan satu grafik sahaja.  Teks yang ditaip juga perlu dipecahkan kepada beberapa perenggan yang pendek.  Pastikan juga jarak antara perenggan pertama dan kedua menggunakan 2 jarak langkau.

Penggunaan warna teks, saiz, font dan jarak langkau (spacing)

Dalam memilih warna teks yang sesuai, pastikan anda memilih warna yang kontras dengan warna latar belakang skrin agar ianya akan dapat dilihat dengan jelas.  Di antara warna yang dicadangkan ialah :




Warna Latar Belakang
Warna Teks yang sesuai
Biru tua / Hitam
Kuning / putih
Kuning Muda dan Tua
Biru tua/ Hitam
Hijau Muda
Hitam / Biru Tua


Pemilihan warna teks yang tidak sesuai ialah merah dan hijau.  Warna ini kurang sesuai digunakan keranya ianya tidak dapat dilihat oleh pengguna yang rabun warna.  Kombinasi warna yang paling selesa dilihat oleh mata terutama di waktu malam ialah:


Warna Latar Belakang
Warna Teks yang sesuai
Hijau
Putih
Biru
Putih


Oleh kerana itulah, kebanyakkan papan tanda di jalan raya mempunyai kombinasi warna di atas.

Pemilihan saiz dan jenis tulisan (font) juga penting kerana saiz tulisan yang terlalu kecil akan menyukarkan pengguna untuk membaca isi pelajaran yang ingin diajar.  Di samping itu penggunaan jenis tulisan yang terlalu berstail juga akan menyukarkan pengguna dalam membaca teks yang ingin dipaparkan.  Panduan dalam memilih saiz teks ialah:



Times New Roman / Arial dengan 12 hingga 14 point


Pemilihan spacing atau jarak langkau teks yang anda taip juga perlu diambilkira .  Pilihlah jarak langkau yang sesuai seperti 1 , 1 ½  dan 2.  Jangan gunakan jarak langkau yang terlalu rapat atau terlalu jauh.



Kedudukan teks di skrin.

Kedudukan teks di skrin juga turut mempengaruhi kualiti persembahan anda.  Dalam memaparkan teks, pastikan kedudukannya konsisten dan tetap.  Sekiranya ianya sering berubah-ubah kedudukan, maka pelajar akan lebih memberi penumpuan kea rah perubahan kedudukan  paparan teks dari penukaran paparan isi pelajaran itu sendiri.  Seharusnya persembahan membantu pelajar kea rah memberi penumpuan yang lebih kea rah penukaran isi pelajaran yang diajar di skrin dari factor lain.

Jarak margin teks yang ditaip dari skrin juga perlulah sesuai.  Pastikan teks yang ditaip tidak terlalu hamper atau jauh dengan sisi skrin.  Dalam menentukan jarak margin ini, jangan terikut dengna jarak margin yang ada di dalam buku.  Untuk persembahan, jarak margin yang sesuai ialah dalam julat 1 – 2 cm.


Penggunaan tajuk dan nombor muka surat skrin.

Bagi memudahkan seseorang guru ataupun pelajar mengesan dimanakah isi kandungan yang sedang dipersembahkan, adalah digalakkan penggunaan tajuk dan nombor muka surat digunakan pada setiap helaian skrin.


Penggunaan saiz tulisan yang pelbagai.

Penggunaan saiz dan jenis tulisan yang pelbagai juga sesuai digunakan untuk membantu pengguna dalam membezakan antara tajuk dan isi pelajran.  Penggunaannya juga dapat menarik perhatian pengguna dan menjadikan skrin persembahan anda kelihatan lebih menarik.  Walaupun begitu, pastikan anda tidak menggunakan bilangan saiz dan jenis tulisan yang terlalu pelbagai di dalam persembahan anda.  Bilangan maksimum empat jenis saiz dan jenis tulisan yang sesuai digunakan dalam satu skrin paparan dicadangkan.

Dalam menggunakan saiz tulisan dan jenis tulisan yang pelbagai pastikan ianya konsisten.  Maksudnya di sini, semua tajuk besar akan mempunyai saiz dan jenis tulisan yang sama dan begitu juga untuk tajuk kecil dan isi pelajaran.


Panduan Merekabentuk Maklumat pada Transparensi Secara Umum.

Selain dari panduan-panduan merekabentuk maklumat yang telah dibincangkan, berikut dinyatakan juga panduan-panduan umum yang boleh diikuti bagi menghasilkan kepingan transparensi yang dapat membantu sesuatu persembahan atau pengajaran dan pembelajaran.


Saiz huruf yang paling sesuai ialah 18 point atau lebih jika menggunakan computer dan jika menggunakan mata pen mekanikal saiz paling minimum ialah 0.5 mm dan bagi pembaris stensil pula 5 mm.  Jangan gunakan huruf sambung seperti menulis di atas kertas kerana perkataan itu mungkin kecil dan tidak jelas apabila ditunjukkan ke atas layar.

Jarak maksimum antara penonton dengan imej di layer ialah 8T iaitu 8 x tinggi imej yang ditayangkan.

Gunakan huruf besar untuk tajuk atau label yang mengandungi kurang daripada lima patah perkataan.  Jika lebih daripada lima, gunakan huruf kecil dan huruf besar apabila perlu.

Luangkan jarak 1.5 kali lebar huruf “m” kecil di antara dua perkataan.  Jarak di antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya ialah 3 kali lebar huruf “m” kecil.

Jarak di antara ayat/frasa di atas dengan ayat/frasa yang di bawahnya ialah lebih kurang 1.5 kali tinggi huruf kecil.

Padankan warna huruf dengan warna latar belakang transparensi supaya mudah dibaca.  Huruf berwarna cerah jika dipadankan dengan latar belakang yang gelap akan menghasilkan pandangan atau kebolehbacaan yang lebih jelas.  Jika latar belakang transparensi itu cerah, maka huruf atau garisan yang ditulis atau dilukis hendaklah tebal dan gelap.

Setiap keeping transparensi yang dihasilkan seharusnya menekankan prinsip kesederhanaan iaitu tidak terlalu banyak teks dan visual pada satu keping tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan penonton.  Transparensi yang baik biasanya mempunyai satu idea dan idea ini mungkin boleh diperkembang melalui teknik berlapis.

Transparensi berbentuk melintang adalah lebih baik dari berbentuk tegak kerana dapat mengurangkan kesan herotan baji dan darjah penglibatan menjadi lebih luas dan terang.

Transparensi hendaklah dilekatkan ke atas bingkai kadbod atau bingkai lain yang sesuai supaya mudah diunjur, disusun, disimpan dan dikatalog.

Hadkan nota-nota rajah kepada perkara yang mustahak sahaja.  Terlalu banyak perkara disampaikan akan menjemukan pelajar.

Hadkan satu tajuk di dalam sekeping transparensi.  Jika perkara mengenai tajuk terlalu panjang gunakan beberapa transparensi bagi tajuk itu.

Bezakan masa tayangan untuk setiap transparensi.  Transparensi yang mengandungi penerangan yang mudah difahami bolehlah ditukar dengan cepat dan sebaliknya.

Gunakan teknik tindan-tindih untuk memisahkan bahagian-bahagian sesebuah tajuk yang kompleks.

Gunakan dakwat kekal jika transparensi yang sama akan digunakan berulang kali.

Lebih baik jika ilustrasi yang kompleks dilukiskan terlebih dahulu di atas kertas dan kemudian ditekap ke lutsinar.

Sekiranya ingin maklumat lanjut boleh layari :(.http://www.scribd.com/doc/90517482/Modul-4-Teknik-Penghasilan-Lutsinar-Dan-Penggunaan-OHP) atau menghubungi Pensyarah kami, En. Biamin http://biamin.blogspot.com